Tak ada yang menarik, jika Anda tidak merasa tertarik

Kamis, 16 Desember 2010

Perisian Sistem & Perisian Pengendalian

Perisian
Perisian ialah satu set arahan yang mengarahkan komputer tentang apa yang perlu dilakukan. Ia juga dikenali sebagai program.
  Kategori Perisian:
1.                Perisian Aplikasi
2.                Perisian Sistem
Perisian Aplikasi
Perisian atau program yang direka untuk membolehkan pengguna melakukan tugas-tugas tertentu untuk menyelesaikan masalah. Berikut adalah 15 perisian aplikasi yang sering diguna:
1.        pemprosesan perkataan
2.        penerbitan meja
3.        lembaran kerja
4.        pangkalan data
5.        persembahan grafik
6.        komunikasi dan pelunsuran web
7.        mel elektronik
8.        pengurusan maklumat peribadi
9.        kewangan peribadi
10.     pengurusan projek
11.     perakaunan
12.     perisian kumpulan (groupware)
13.     rekabentuk berbantuan komputer (CAD)
14.     pengarangan multimedia
15.     pakej bersepadu
 
Perisian Sistem
Perisian sistem ialah perisian yang direkabentuk khas untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan:
         pengawalan terus komputer dan
         penggunaan perkakasan komputer
 
Fungsi Perisian Sistem
Di antara fungsi-fungsi yang dikendalikan oleh perisian sistem termasuk:
1.        But (mulakan) komputer
2.        memuat (load), melakukan (execute), dan menyimpan program aplikasi
3.        menyimpan dan mendapatkan semula fail
4.        menformatkan cakera
5.        mengisihkan (sort) fail data
6.        menterjemah arahan program ke kod binari
 
Kategori Perisian Sistem
1.        Sistem Pengendalian
2.        Program utiliti
3.        penterjemah bahasa
 
Sistem Pengedalian (Operating System)
Sistem pengendalian ialah satu set program yang menguruskan pengoperasian  sebuah komputer dan berfungsi sebagai antaramuka (interface) antara pengguna, program aplikasi dan perkakasan komputer. Sebuah komputer tidak boleh beroperasi tanpa sistem pendendalian.
 
Komponen Sistem Pengendalian
(a)     Aturcara huni (resident program)
(b)     Bukan aturcara huni (non-resident program)
 
  Komponen Aturcara Huni
Sistem pendendalian biasanya disimpan pada cakera keras komputer. Setiap kali komputer dihidupkan, suruhan penting dan sering diguna akan disalin daripada cakera keras dan dimuatkan pada ingatan komputer. Suruhan ini merupakan komponen huni sistem pengendalian. Ia juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti : kernel, supervisor, monitor, master atau control program. Perintahnya dipanggil perintah dalaman (internal commands).
 
Komponen Bukan Huni
Komponen ini terdiri daripada perintah luaran (external commands) yang kurang kerap digunakan. Ia kekal di cakera, sedia dimuatkan ke ingatan komputer apabila diperlukan.
 
Antaramuka Pengguna
(User Interface)
Antaramuka pengguna ialah fitur sistem pengendalian yang menentukan cara seorang pengguna berinteraksi dengan komputer. Ia mengawal cara data dan perintah diinput dan cara maklumat dioutput pada skrin monitor. Terdapat 3 bentuk antaramuka:
         Antaramuka “command-line” - katakunci atau perintah dimasukkan melalui papan kunci untuk menyuruh komputer melakukan tugas tertentu seperti menyenaraikan fail, mencetak atau menyalin fail.
         Antaramuka “menu-driven” - mengguna menu untuk mempamerkan satu senarai tindakan atau pilihan yang menyuruh komputer mengambil tindakan tertentu.
         Antaramuka “graphical user interface” - GUI - mengguna butang visal seperti icon untuk membantu pengguna melaksanakan tugas.
 
Fungsi Sistem Pengendalian
Sistem pengendalian mempunyai 4 fungsi yang membolehkan pengguna dan program aplikasi berinteraksi dengan komputer:
(a)     Pengurusan proses
(b)     Pengurusan ingatan
(c)     Pengurusan input/output
(d)     Pengurusan pentadbiran
 
Pengurusan Proses
Dalam istilah sistem pengendalian, proses atau "task " ialah satu program atau sebahagian program yang boleh dilaksanakan (execute) secara berasingan. Berikut ialah beberapa kaedah pengurusan proses:
 
         Program tunggal (single tasking)
         Berbilang kerja (multitasking)
         Berbilang pemprosesan (multiprocessing)
 
Program Tunggal
(Single Tasking)
Sistem pengendalian program tunggal hanya membenarkan seorang pengguna melaksanakan satu program pada satu masa. Untuk melarikan program alplikasi lain seperti Excel, program yang sedang diguna, Word perlu ditamatkan.
 
Berbilang Kerja
(Multitasking)
Sistem pengendalian berbilang kerja membolehkan lebih dari satu program dilarikan serentak pada satu-satu masa. Bagi PC, seorang pengguna boleh melarikan lebih daripada satu program serentak. Bagi komputer mini dan kerangka utama, lebih daripada satu pengguna boleh melarikan beberapa program melalui timesharing.
 
  Berbilang Pemprosesan
(Multiprocessing)
Komputer yang mempunyai lebih daripada satu CPU dipanggil pemproses multi. Sistem pengendalian jenis berbilang pemprosesan dapat menyelaraskan operasi pada komputer yang mempunyai lebih daripada satu CPU. Setiap CPU dapat melaksanakan lebih daripada satu perintah secara serentak. Apabila satu CPU gagal, sistem pengendalian mengalihkan kerja ke CPU yang lain.
 
Pengurusan Ingatan
Semasa pemprosesan, sebahagian ingatan diguna untuk menyimpan inti sistem pengendalian, suruhan program aplikasi dan data untuk diproses. Kawasan ingatan yang lain diguna secara sementara untuk pengiraan, pengisihan dan keputusan perantaraan. Tugas sistem pengendalian ialah mengurus dan memperuntukkan setiap perkara ini di kawasan ingatan.
Data yang baru diinput dari peranti input dan data untuk dihantar ke peranti output disimpan di kawasan ingasan yang dikenali sebagai penimbal (buffer). Sistem pengendalian memperuntukkan ruang ingatan dengan membahagikan ingatan kepada petak (partition). Setiap petak diguna untuk menyimpan inti OS dan/atau data.
  Cara yang lain untuk memperuntukkan ruang ingatan ialah pengurusan storan maya (virtual storage management).
 Pengurusan Storan Maya
(Virtual memory management)
Pengurusan storan maya ialah teknik yang membolehkan komputer melaksanakan program  yang saiznya lebih besar daripada saiz ingatan. Pengurusan storan maya meningkatkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh sistem pengendalian dengan memperuntukkan sebahagian daripada ruang cakera keras kepadanya untuk menyimpan data semasa pemprosesan. Jumlah ruang cakera keras yang diperuntukkan untuk diguna sebagai ingatan dipanggil "swap file".
 
Program dalam storan sekunder dipecah-pecahkan kepada segmen atau  “page”. Hanya segmen yang diperlukan untuk diproses dipindah ke ingatan. Apabila ruang ingatan khas untuk segmen ini penuh, sistem pengendalian memindahkan segmen-segmen yang jarang atau kurang kerap diguna balik ke cakera.  Dengan cara ini, segmen baru yang diperlukan dapat dipindahkan ke ingatan. Proses ini dipanggil "swapping"
 
Pengurusan Input/Output
Sistem pengendalian seringkali perlu mengurus dan menyelaraskan banyak operasi input/output yang berbeza pada masa yang sama.
Teknik pengurusan input/output termasuk:
         bagi pengguna tunggal: satu aplikasi/peranti diperuntukkan pada satu masa
         bagi berbilang pengguna/aplikasi: peruntukkan diberi mengikut keutamaan (priority)
 
Pencetak ialah peranti yang lambat. Sistem pengendalian mengguna satu teknik yang dipanggil "spooling" untuk meningkatkan kecekapannya. Fail yang hendak dicetak disimpan pada cakera keras sebelum ia dicetak.
 
Device Drivers
Program yang membolehkan komputer berkomunikasi dengan plebagai peranti input/output. Tetikus, monitor, papan kekunci, pencetak dan peranti perisian lain semua memerlukan "device driver" yang berasingan.  Melalui teknologi Plug and Play, sistem pengendalian  mengecam peranti baru secara automatik. Ia membantu memasang driver yang sesuai dan  memeriksa konflik dengan peranti lain.
     
Sistem Pentadbiran
Fungsi lain sistem pengendalian ialah memantau (monitor) aktiviti sistem komputer. Ini termasuk:
         Prestasi sistem
         Keselamatan sistem
         Pengurusan cakera dan fail
 
Prestasi Sistem
Memantau (monitor) aktiviti dan prestasi sistem
Ciri-ciri prestasi:
         response time
         CPU utilization
  Keselamatan Sistem
OS multi pengguna hanya membenarkan seorang pengguna mengguna komputer setelah memasukkan:
         logon code
         ID pengguna
         katalaluan (password)
  Pengurusan Cakera dan Fail
         Formatkan cakera liut dan keras
         senaraikan fail dalam sistem
         menghapuskan fail
         menyalin fail
         menama semula fail
         mencipta folder atau direktori untuk menyusun fail
 
Pelbagai Sistem Pengendalian
  Proprietary Operating System - sistem pengendalian yang direkabentuk khas untuk komputer jenama atau syarikat tertentu.
  Portable operating system - sistem pengendalian yang boleh diguna pada komputer dari pelbagai jenama dan syarikat.

Di anatara sistem pengendalian yang popular ialah:
         DOS
         Windows 3.x
         Windows 95
         Windows 98
         Windows CE
         Windows NT
         Macintosh
         OS/2
         UNIX
         Netware
 
DOS
DOS (Disk Operating System) merujuk kepada beberapa sistem pengendalian program tunggal yang dibangunkan pada awal 1980an untuk komputer peribadi serasi-IBM. Di antara DOS yang popular ialah MS-DOS, PC-DOS, DR-DOS.
 
Terdapat beberapa kelemahan pada DOS. Di antaranya ialah kesulitan pengguna mengguna perintah yang sukar dan kompleks, had ingatan kepada 640KB dan pengurusan cakera. Ia juga tidak menawarkan antara muka grafik pengguna dan tidak dapat mengguna sepenuh keupayaan mikro-pemproses 32-bit moden.
 
Windows 3.x
Windows 3.x merujuk kepada 3 versi awal sistem pengendalian Windows Microsoft: Windows 3.0, Windows 3.1 dan Windows 3.11. Windows 3.11 (juga dikenali sebagai Windows for Workgroups) ialah versi rangkaian untuk Windows 3.1.
 
Windows 3.x sebenarnya merupakan persekitaran pengendalian  yang mengguna DOS sebagai sistem pengendalian sebenar. Ia hanya memudahkan penggunaan DOS dengan menyokong penggunaan tetikus, icon, dan menu tarik-turun.
 
Windows 95
Windows 95 ialah sistem pengendalian dalam ertikata yang sebenar. Ia bukan persekitaran pengendalian seperti Windows 3.x. Oleh itu, Win 95 tidak memerlukan versi DOS yang berasingan. Di antara kelebihan-kelebihan Windows 95 ialah:
         Antara muka grafik pengguna yang lebih baik
         Program dilaksanakan lebih pantas kerana ia menyokong keupayaan 32-bit pemproses dan "preemtive multitasking"
         Ciri plug-and-play
         Menyokong rangkaian "Peer-to-peer "
         Menyokong e-mel
 
Windows 98
Windows 98 ialah "ungrade" kepada Windows 95. Ia lebih mudah diguna, cepat dan lebih bersepadu dengan Internet. Ia juga menokong pengurusan fail yang lebih baik, di samping sokongan untuk teknologi baru seperti DVD dan WebTV. Seperti Windows 95, ia menyokong perisian 16-bit dan 32-bit. Di antara fitur baru Windows 98 termasuk: Active Desktop, taskbars/toolbars, Windows Explorer, Kelajuan yang meningkat, "Tune-Up Wizard", "multiple-display support", "Universial Serial Bus - USB", Registry Checker, FAT32, dan sokongan untuk perkakasan baru.

 
setstats1

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

KOTAK ADUAN KOMENTAR