Tak ada yang menarik, jika Anda tidak merasa tertarik

Jumat, 07 Januari 2011

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
• Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
• Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:
Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
1. Hidupkan komputer anda.
2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.

4. Pilih Boot Sequence.

5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.

6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)

3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.

4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.

5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.

6. Sekiranya Hard Disk anda:
o masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
o tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
7. Buat satu partition dengan menekan butang C.

8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.

9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.

10. Tekan butang C untuk setuju.

11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.

12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.

13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.

Install Windows XP
1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.

2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.

3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.

4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.

6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.

8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.

4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.

5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.

6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

7. Klik pada butang Finish.

8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^

IDEOLOGISASI ISLAM: JALAN MENUJU REVOLUSI (PEMIKIRAN ALI SYARI’ATI)

Ali Syari’ati dikenal sebagai pemikir yang multi-dimensi dan, karenanya juga, multi-interpretable. Tetapi para pengamat juga dapat melihat semacam pandangan dunia (weltanschauung) yang cukup konsisten dalam tulisan-tulisannya. Pandangan dunia Ali Syari’ati yang paling menonjol adalah menyangkut hubungan antara agama dan politik, yang dapat dikatakan menjadi dasar dari ideologi pergerakannya. Dalam konteks ini Syari’ati dapat disebut pemikir politik-keagamaan (politico religion thinker).
Salah satu tema sentral dalam ideologi politik keagamaan Syari’ati adalah agama – dalam hal ini, Islam – dapat dan harus difungsionalisasikan sebagai kekuatan revolusioner untuk membebaskan rakyat yang tertindas, baik secara kultural mapun politik. Lebih tegas lagi, Islam dalam bentuk murninya – yang belum dikuasai kekuatan konservatif – merupakan ideologi revolusioner ke arah pembebasan Dunia Ketiga dari penjajahan politik, ekonomi dan kultural Barat. Ia merupakan problem akut yang dimunculkan kolonialisme dan neo-kolonialisme yang mengalienasikan rakyat dari akar-akar tradisi mereka.Atas dasar ini, maka banyak pengamat menyebut Syari’ati sebagai “the ideologist of revolt”.
Dalam pandangan Syari’ati, agama sebagai ideologi diartikan: “suatu keyakinan yang dililih secara sadar untuk menjawab keperluan-keperluan yang timbul dan memecahkan masalah-masalah dalam masyarakat”. Ideologi dibutuhkan, menurut Syari’ati, untuk mengarahkan suatu masyarakat atau bangsa dalam mencapai cita-cita dan alat perjuangan. Ideologi dipilih untuk mengubah dan merombak status quo secara fundamental.
Menurut Ali Syari’ati, ada dua jenis agama dalam tahap sejarah. Pertama, agama sebagai ideologi dan kedua, agama sebagai kumpulan tradisi dan konversi sosial atau juga sebagai semangat kolektif suatu kelompok. Syari’ati menjelaskan tentang proses berubahan agama dari ideologi menjadi sebuah institusi sosial. Munculnya agama sebagai ideologi, papar Syari’ati, dimulai ketika para Nabi muncul di tengah-tengah suku-suku dan pemimpin gerakan-gerakan historis untuk membangun dan menyadarkan masyarakat. Ketika para nabi itu memproklamirkan semboyan-semboyah tertentu dalam membantu massa kemanusiaan, maka para pengikut Nabi kemudian mengelilingi nabi dan menyatakan untuk turut bersama-sama Nabi dengan sukarela. Dari sinilah, menurut Syari’ati, munculnya agama sebagai ideologi. Namun kemudian, agama itu kehilangan semangat aslinya dan mengambil bentuk agama sebagai institusi sosial.
Berangkat dari asumsi demikian, maka dapat dicari sebuah jawaban dari pertanyaan mengapa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dengan cepat dapat diterima oleh masyarakat Arab. Islam sebagai ideologi yang diusung oleh Muhammad membawa orde sosial baru yang disandarkan kepada prinsip keadilan dan persamaan dalam stuktur sosial masyarakat. Islam yang demikian sangat menarik masyarakat Arab yang sudah lama muak dengan bentuk aristokrasi lama yang memerintah dengan tirani, ketidakadilan, kesewenang-wenangan, dan monopolisme. Masyarakat kala itu, mulai menemukan semboyan-semboyan ideologi sebagai obat penyembuhan dari penderitaan dan kesulitan akibat sistem tirani. Islam sebagai ideologi mampu memberikan keyakinan baru yang berbasis kepada kemauan bebas manusia untuk melepaskan diri dari jeratan sistem sosial dan politik tiranik.
Sehingga dapat dimengerti jika kemudian Syari’ati mencoba merekonstruksi “Islam Syi’ah” sebagai ideologi revolusioner. Syari’ati menyatakan dengan jelas, bahwa Islam bukanlah Islam kebudayaan yang melahirkan ulama dan mujtahîd, bukan pula Islam dalam tradisi umum, tetapi Islam dalam kerangka Abu Zar. Islam lahir secara progresif dalam upaya merespon problem-problem masyarakat dan memimpin masyarakat untuk mencapai tujuan-tujuan dan cita-cita yang berharga. Dalam hal ini, Islam dipahami sebagai sebuah pandangan dunia yang komprehensif, dan diposisikan sebagai “agama pembebasan” yang concern dengan isu-isu sosial-politik seperti penindasan, diskriminasi, ketidakadilan dan sebagainya. Semangat Islam sebagai ideologi pembebasan mendorong terjadinya revolusi masyarakat Islam untuk membangun konstruksi peradaban baru yang progresif, partisipatif, tanpa penindasan dan ketidakadilan.
Dalam konteks global Syari’ati melihat ada problem besar masa depan dunia Islam, yaitu kolonialisme dan neo-kolonialisme oleh Barat. Hal ini telah mengalienasi masyarakat Muslim dari kebudayaan aslinya (turâts), karena mereka mau tidak mau harus mengikuti alur kebudayaan dan pola pikir yang telah “dipaksakan” oleh pihak kolonialis maupun neo-kolonialis. Senada dengan Syari’ati, Hasan Hanafi juga melihat bahwa kolonialisme atau westernisasi mempunyai pengaruh luas terhadap dunia Timur (Muslim), tidak hanya pada budaya dan konsepsi tentang alam, tetapi juga mengancam kemerdekaan peradaban. Bahkan, masih menurut Hanafi, juga merambah pada gaya kehidupan sehari-hari: bahasa, menifestasi kehidupan umum dan seni bangunan. Tidak hanya itu, keterbukaan ekonomi memaksa dunia Islam untuk membuka diri terhadap kapitalisme internasional, demikian juga dengan keterbukaan bahasa, maka konsekwensinya harus menerima kehadiran bahasa asing.
Syari’ati memandang saat itu kolonialisme dan westernisasi telah melanda negara Dunia Ketiga tak terkeculai Iran. Akibat yang timbul dari hal itu adalah munculnya bentuk-bentuk korporasi multi-nasional, rasisme, penindasan kelas, ketidakadilan, dan mabuk kepayang terhadap Barat (Westoxication). Ia menyatakan bahwa kolonialisme Barat dan kepincangan sosial sebagai musuh terbesar masyarakat yang harus diberantas dalam jangka panjang. Tetapi untuk jangka pendek, menurut Syari’ati, ada dua musuh yang harus segera dimusnahkan: pertama, Marxisme vulgal – menjelma terutama dalam Marxisme-Stalinisme – yang banyak digemari para intelektual dan kaum muda Iran, dan kedua, Islam konservatif sebagaimana dipahami kaum mullah yang menyembunyikan Islam revolusioner dalam jubah ketundukan kepada para penguasa.
Untuk membebaskan massa dari krisis yang membawa mereka mencapai negara yang merdeka dan berkeadilan sosial-ekonomi, Syari’ati yakin bukan melalui Liberalisme, Kapitalisme, ataupun Sosialisme, namun yang bisa mengobati penyakit ini, kata Syari’ati, hanyalah Islam. Baginya, Islam merupakan satu-satunya solusi yang akan menyelamatkan negeri Muslim dari segala bentuk tekanan dan penindasan. Hal ini sangat masuk akal jika Syari’ati menginginkan Islam sebagai penggerak revolusi. Terlebih lagi dalam konteks Iran, Islam (Syi’ah) justru dijadikan sebagai agama resmi negara. Dengan latar belakang yang demikian kondusif, Syari’ati menempuh sejumlah strategi sekaligus mengkonsolidasi masyarakat ke dalam satu paradigma: Islam adalah solusi. Beberapa strategi tersebut mengandung muatan yang sama, yakni menyakinkan masyarakat untuk memilih Islam sebagai jalan perubahan.
Pertama-tama Syari’ati berusaha melakukan ideologisasi Islam dengan menunjukkan karakteristik revolusioner Islam. Ia berupaya membuktikan bahwa Islam agama yang sangat progresif, agama yang menentang penindasan. Syari’ati sangat antusias untuk membuktikan perlunya suatu reformasi bagi pemahaman Islam yang benar, sehingga dibutuhkan figur-figur yang mampu memimpin masyarakat kepada perubahan paradigma dan mental masyarakat. Mereka itulah yang menurut Syari’ati disebut para pemikir tercerahkan (rausanfikr). Kemudian Syari’ati menunjukkan bahwa Islam merupakan akar budaya masyarakat Iran yang telah lama mendarah daging. Dengan demikian masyarakat Iran harus kembali kepada warisan budaya Islam jika menginginkan perubahan.
Untuk mengkonstruksi Islam sebagai sebuah ideologi, mula-mula Syari’ati melakukan redifinisi tentang pemahaman ideologi itu sendiri Syari’ati menjelaskan bahwa ideologi terdiri dari kata “ideo” yang berarti pemikiran, gagasan, konsep, keyakinan dan lain-lain, dan kata “logi” yang berarti logika, ilmu atau pengetahuan. Sehingga ideologi dapat diartikan sebagai ilmu tentang keyakinan dan cita-cita. Menurut pengertian ini seorang ideolog adalah seorang pembela suatu ideologi atau keyakinan tertentu. Dalam kaitan ini, ideologi terdiri dari berbagai keyakinan dan cita-cita yang dipeluk oleh suatu kelompok tertentu, suatu kelas sosial atau suatu bangsa.
Syari’ati berusaha untuk membedakan antara ideologi, ilmu dan filsafat. Ilmu menurutnya merupakan pengetahuan manusia tentang alam yang kongkret. Ia merupakan penemuan manusia tentang beberapa hubungan, suatu prinsip, kualitas dan karakteristik di dalam kehidupan manusia, alam dan benda-benda lainnya. Demikian halnya dengan ilmu, dapat didefinisikan sebagai pencarian ke arah pemahaman sesuatu yang bersifat umum, belum diketahui dan tidak terjangkau ilmu. Ia mempersoalkan kemungkinan-kemungkinan ideal, kebenaran dan substansi, fenomena dan konsep-konsep yang ada dalam alam pikiran manusia. Tentu saja pemahaman Syari’ati tentang ideologi, ilmu dan filsafat berbeda dengan pandangan para penganut aliran postmodernisme dewasa ini. Jürgen Habermas, misalnya, ia menyatakan bahwa antara ideologi, ilmu, dan filsafat (bahasa Habermas: Knowledge, pengetahuan) mempunyai landasan yang sama dalam pengembanganya, yaitu kepentingan (keberpihakan). Walaupun Habermas berbeda dengan Marx yang mengatakan bahwa kepentingan itu adalah pasti kepentingan kelompok atas, Habermas lebih melihat kepentingan itu muncul dari siapa saja (manusia kelompok manapun) yang terlibat dalam pengembangkan sebuah ilmu, filsafat atau ideologi.
Di sisi yang berbeda, ideologi menuntut seorang cendekiawan untuk memihak. Bagi seorang ideolog, ideologinya adalah suatu kepentingan yang mutlak. Setiap ideologi memulai dengan tahap kritis, kritis terhadap status quo, kritis terhadap masyarakat dengan berbagai aspek kultural, ekonomi, politik dan moral yang cenderung melawan perubahan-perubahan yang diinginkan. Berbeda dengan filsafat maupun ilmu yang sama sekali tidak mempunyai komitmen seperti itu, ia hanya menggambarkan realitas seperti apa adanya dengan tidak membedakan apakah ia menolak atau menerima realitas tersebut.
Inilah perbedaan yang menyolok antara ilmu, filsafat dan ideologi. Dengan kata lain, agar ideologi mampu memposisikan dirinya menjadi landasan perjuangan, maka keberpihakannya harus jelas. Pada wilayah politik, ia harus mengabdi sehingga mampu memberikan doktrin-doktrin politik. Pada kekuasaan politik ia harus bisa menyerang. Inilah sebenarnya, kata Syari’ati, makna sesungguhnya dari ideologi, yang berarti bukan konsep, landasan berfikir, filsafat, apalagi ilmu. Ideologi adalah kata lain dari keberpihakan politik, tegas Syari’ati.
Lebih lanjut Syari’ati mengatakan, baik ilmu maupun filsafat tidak pernah melahirkan revolusi dalam sejarah walaupun keduanya selalu menunjukkan perbedaan-perbedaan dalam perjalanan waktu. Adalah ideologi-ideologi, tegas Syari’ati, yang senantiasa memberikan inspirasi, mengarahkan dan mengoganisir pemberontakan-pemberontakan menakjubkan yang membutuhkan pengorbanan-pengorbanan dalam sejarah manusia di berbagai belahan dunia. Hal ini karena ideologi pada hakekatnya mencakup keyakinan, tanggungjawab, keterlibatan dan komitmen. Ideologi, lanjut Syari’ati, menuntut agar kaum intelektual bersikap setia (commited). Ideologilah yang mampu merubah masyarakat, sementara ilmu dan filsafat tidak, arena sifat dan keharusan ideologi meliputi keyakinan, tanggungjawab dan keterlibatan untuk komitmen. Sejarah mengatakan, revolusi, pemberontakan hanya dapat digerakkan oleh ideologi.
Setelah mengkonstruksi gagasannya tentang ideologi, Syari’ati menegaskan tentang urgensi perubahan yang hanya dapat digerakkan oleh masyarakat yang mempunyai ideologi kokoh. Dalam kondisi keterpurukan untuk konteks Iran, Syari’ati berfikir bahwa Islam harus mampu menjadi penggerak kesadaran masyarakat. Islam perlu lebih dipahami sebagai sebuah pandangan dunia komprehensif, sebuah rencana untuk merealisasikan potensi manusia sepenuhnya, baik secara perseorangan maupun kolektif, untuk tujuan makhluq secara keseluruhan.
Di sinilah letaknya bahwa Islam berfungsi sebagai ideologi pembebasan: Ia (Islam) akan membantu dalam memutuskan bentuk perjuangan melawan kekuasaan tiranik. Ia tidak akan pernah berbaiat (sepakat) dengan kekejaman. Ia akan merancang kontinuitas sejarah berkesinambungan. Ia akan menegaskan perjuangan tak kenal henti antara pewaris Adam dan pewaris setan. Asy-syûra mengingatkan kembali akan ajaran ihwal kenyataan bahwa Islam dewasa ini adalah Islam kriminal dalam jubah “tradisi” dan bahwa Islam sejati adalah Islam yang tersembunyi dalam jubah merah kesyahidan.
Syari’ati berupaya menegaskan perbedaan Islam dengan pemahaman umum tentang agama yang dikonsepsikan oleh Durkheim. Dalam bentuk yang tidak ideologis, agama seperti dikemukakan Durkheim sebagai “suatu kumpulan keyakinan warisan nenek moyang dan perasaan-perasaan pribadi; suatu peniru terhadap modus-modus, agama-agama, ritual-ritual, aturan-aturan, konvensi-konvensi dan praktek-praktek yang secara sosial telah mantab selama generasi demi generasi. Ia tidak harus merupakan menifestasi dari semangat ideal kemanusiaan yang sejati”. Jika Islam dirubah bentuknya dari “madzab ideologi” menjadi sekedar “pengetahuan kultural” dan sekumpulan pengetahuan agama sebagaimana yang dikonsepsikan Durkheim, ia akan kehilangan daya dan kekuatannya untuk melakukan gerakan, komitmen, dan tanggung jawab, serta kesadaran sosial sehingga ia tidak memberi kontribusi apa pun kepada masyarakat.
Untuk mencapai tujuan menggerakkan masyarakat melalui ideologisasi Islam, Syari’ati menempuh beberapa langkah strategis. Syari’ati berupaya untuk melakukan redifinisi Islam dengan menyajikan tahapan-tahapan ideologi secara detail, berkenaan dengan cara memahami Tuhan, mengevaluasi segala sesuatu yang berhubungan dengan ide-ide yang membentuk lingkungan sosial dan mental kognitif masyarakat, serta metode atau usulan-usulan praktis untuk mengubah status quo yang tidak memuaskan kehendak masyarakat.
Pada tahap pertama, Syari’ati meletakkan pandangan dunia tauhîd sebagai pandangan dasar. Pendangan ini menyatakan secara langsung bahwa kehidupan merupakan bentuk tunggal, organisme yang hidup dan sadar, memiliki kehendak, intelejen, perasaan dan tujuan. Hal demikian berbeda dengan pandangan dunia yang membagi kehidupan dalam kategori yang berpasangan: dunia dan alam kekal; fisik dan ghaib; substansi dan arti; rohani dan jasmani. Karena itu diskriminasi manusia atas dasar ras, kelas, darah, kekayaan, kekuatan dan lainnya tidak bisa dibiarkan, karena ia dianggap berlawanan dengan nilai-nilai Ketuhanan.
Pada tahap kedua, adalah berkenaan dengan bagaimana memahami dan mengevaluasi pemikiran dan segala sesuatu yang membentuk lingkungan sosial dan mental. Bagi Syari’ati, Islam adalah pandangan dunia yang bisa dipahami dengan mempelajari al-Qur’an sebagai kumpulan ide-ide dan mempelajari sejarah Islam sebagai ringkasan kemajuan yang pernah dialami dari permulaan misi Nabi sampai pada dunia kontemporer.
Dengan berpijak pada al-Qur’an, Syari’ati melihat keseluruhan sejarah sebagai sebuah konflik kekuatan-kekuatan, sementara itu manusia sendiri menjadi medan perang antara asal jasmaniahnya yang rendah dan semangat Ketuhanannya. Dialektika sejarah seperti ini sangat mudah diidentifikasi meminjam konsep dialektika sejarah Marxis, meskipun tidak secara keseluruhan. Meskipun demikian, Syari’ati mengklaim bahwa analisisnya mengenai dialektika Qabil dan Habil sebagai sebuah simbol pertentangan yang terus-menerus adalah pemikiran orisinil dalam konteks pemahaman Islam yang diambil dari intisari beberapa ayat dalam al-Qur’an.
Pada tahap berikutnya, diperlukan suatu ikhtiar bagaimana mencari dan menerapkan jalan yang praktis untuk menumbangkan status quo. Caranya ialah melengkapi masyarakat dengan tujuan dan cita-cita yang diinginkan, langkah-langkah praktis berdasarkan kondisi masyarakat, serta upaya menciptakan perubahan dan kemajuan dalam aksi-aksi revolusioner. Ideologi harus mengejawantah sebagai suatu amanat yang sedang dihidupkan kembali untuk membangkitkan kaum yang menderita, bodoh dan lamban, agar bangun dan menegaskan hak-hak serta identitasnya.
Keseluruhan langkah yang dikonstruksi Syari’ati pada intinya akan mengerucut pada satu tujuan, yaitu pembaharuan Islam (protestanism).
Gerakan Protestanisme Islam, menurut Syari’ati akan mengeluarkan energi yang sangat besar dan memungkinkan seorang Muslim yang tercerahkan untuk: pertama, penyaring dan menyuling sumber-sumber daya masyarakat Islam dan mengubah penyebab kebobrokan dan kemandekan menjadi kekuatan dan gerakan. Kedua, mengubah konflik antar kelas dan sosial yang ada menjadi kesadaran akan tanggung jawab sosial. Ketiga, menjembatani kesenjangan yang semakin lebar antara “pulau yang dihuni oleh orang yang tercerahkan” dengan “pantai rakyat kebanyakan” dengan menjalin hubungan kekeluargaan dan pemahaman di antara mereka, dan dengan demikian menempatkan agama – yang datang untuk membangkitkan dan melahirkan gerakan – untuk kepentingan rakyat. Keempat, mencegah agar senjata agama tidak jatuh kepada mereka yang tidak patut memilikinya dan yang tujuannya adalah memanfaatkan agama untuk tujuan-tujuan pribadi, yang dengan cara itu memperoleh energi yang diperlukan untuk menggerakkan rakyat.
Kelima, mengusahakan suatu kebangkitan kembali agama yang – dengan kembali kepada agama yang hidup, dinamis, kuat dan adil – melumpuhkan agen-agen reaksioner dalam masyarakat, sekaligus menyelamatkan rakyat dari unsur-unsur yang digunakan untuk membius mereka. Keenam, menghilangkan semangat peniruan dan kepatuhan yang merupakan ciri agama biasa, dan menggantinya dengan semangat pemikiran bebas (ijtihâd) yang kritis, revolusioner, dan agresif. Semua ini dapat dicapai melalui gerakan pembaharuan agama yang akan menyaring dan menyuling cadangan energi yang sangat besar di dalam masyarakat, dan akan mencerahkan zaman itu serta membangunkan generasi masa kini. Karena alasan-alasan itulah, Syari’ati berharap, agar orang yang tercerahkan dapat berhasil mencapai kesadaran diri yang progresif.

Rabu, 05 Januari 2011

Peranti Input

  Unit Sistem
  Unit sistem mengandungi litar elektronik yang membolehkan pemprosesan data berlaku. Litar elektronik ini adalah sebahagian daripada atau disambung kepada papan litar utama dipanggil papan induk (mother board). Papan induk ini termasuk unit pemprosesan pusat (CPU – Central Processing Unit), ingatan, dan komponen-komponen elektronik lain.
  Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengandungi satu unit kawalan  dan unit Aritmetik/Logik (ALU).  CPU juga dikenali sebagai pemproses (processor).
Ingatan, juga dipanggil ingatan capaian rawak (RAM – Random Access Memory) dan ingatan utama menyimpan data dan suruhan program secara sementara apabila ia diproses.
 Komponen elektronik lain termasuk komponen yang bekerja sama dengan peranti input, output dan storan.
 
Peranti Output
 Output ialah hasil pemprosesan data. Peranti output menukarkan hasil pemprosesan ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh pengguna. Tiga peranti umum ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.
 
Peranti Storan
 
Peranti storan, juga dikenali sebagai storan sekunder, menyimpan suruhan dan data apabila diperlukan oleh unit sistem. Peranti storan sering berfungsi sebagai sumber input apabila data tersimpan dibaca ke dalam ingatan. Contoh-contoh peranti sekunder termasuk pemacu cakera liut, pemacu cakera keras dan pemacu CD-ROM.
  Peranti Komunikasi
  Peranti komunikasi menghubungkan satu komputer kepada komputer lain. Modem ialah peranti komunikasi untuk menghubungkan komputer melalui talian telefon. Kad antara muka rangkaian (network interface card) diguna bersama dengan kabel komunikasi untuk menyambungkan komputer bersama seperti di dalam makmal komputer. Satu kumpulan komputer yang disambungkan bersama dipanggil satu rangkaian (network).
 
Peranti Perisian
 
Peranti perisian ialah satu istilah umum untuk sebarang peranti yang disambungkan kepada unit sistem.
2.4 Komponen-komponen Unit Sistem
 
Komponen-komponen unit sistem biasanya terkandung dalam satu kotak logam or plastik. Komponen-komponen ini terdiri daripada papan induk, mikropemproses dan CPU,  soket upgrade, ingatan, kopemproses (coprocessor), bas, slot tambah (expansion slot),  port dan penyambung (connector), ruang (bay), bekalan kuasa dan komponen bunyi.
 
2.41 Papan Induk
 
Papan induk, juga dikenali sebagai papan sistem atau papan utama. Ia terdiri daripada satu papan litar yang mengandungi kebanyakan komponen-komponen elektronik  bagi unit sistem. Salah satu komponen utama papan induk ialah mikropemproses.
 
2.42 Mikropemproses dan CPU
 
Bagi komputer peribadi, Unit Pemprosesan Pusat (CPU) terkandung dalam satu litar bersepadu yang dipanggil mikropemproses.  Satu litar bersepadu, juga dipanggil cip atau IC, ialah satu litar elektronik lengkap yang telah diukir pada bahan yang nipis seperti silikon. Bagi kerangka utama dan superkomputer, CPU terdiri daripada satu atau beberapa papan litar.
 
Unit Pemprosesan Pusat (CPU ) mengandungi unit kawalan dan unit Aritmetik/Logik. Dua komponen ini bekerjasama mengguna data dan program tersimpan dalam ingatan untuk melaksanakan operasi pemprosesan.
 
Unit Kawalan (Control Unit)
 
Unit kawalan boleh diibaratkan “otak” komputer. Fungsi-fungsinya termasuk:
 
1.        Membaca semua suruhan yang diterima
2.        mentafsir suruhan yang diinput
3.        mengarah dan mengawal semua aktiviti peranti input, unit storan, ALU dan peranti output supaya setiap tugas dapat dilakukan dengan lancar dan licin
 
Ia mengawal operasi komputer melalui 4 operasi: ambil (fetch)  nyahkod (decode), lakukan (execute) dan simpan (storing). Empat operasi ini dipanggil kitar mesin (machine cycle).
 
Ambil bermakna mendapat suruhan program daripada ingatan. Nyahkod menterjemahkan suruhan program ke dalam bentuk perintah yang diproses komputer. Lakukan merujuk kepada pemprosesan sebenar perintah komputer. Simpan berlaku apabila hasil pemprosesan ditulis ke dalam ingatan.
 
Ambil dan nyahod dipanggil  kitar suruhan (instruction cycle) sementara lakukan dan simpan dipanggil kitar laku (execution cycle).
 
Unit Aritmetik/Logik (ALU)
 
Unit ini mengandungi litar elektronik yang melakukan operasi aritmetik dan operasi logik ke atas data. Ia mengandungi banyak get logik (logic gates) untuk melakukan operasi aritmetik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi logik pula membandingkan data untuk menentukan sama ada satu data adalah lebih besar, sama dengan, atau lebih kecil daripada data yang lain.
Daftar (Register)
 
Kedua-dua unit kawalan dan unit Aritmetik/Logik mempunyai daftar. Daftar ialah storan sementara untuk data yang spesifik. Daftar yang  berbeza wujud untuk suruhan program semasa, alamat untuk suruhan berikut, dan nilai data yang sedang diproses. Storan dalam daftar adalah sedikit kecil, hanya untuk kegunaan kecil.
 
Jam Sistem (System Clock)
 
Unit kawalan mengguna jam sistem untuk menyegerak (synchronize) atau mengawal rentak masa (timing) untuk semua operasi komputer. Ia terdiri daripada satu cip yang menjana denyutan (pulse) elektronik pada kadar yang tetap. Unit kawalan dan ALU direkabentuk untuk melengkapkan operasi mereka satu langkah pada satu masa dengan kedua-dua unit memulakan setiap langkah pada masa yang sama. Denyutan daripada jam sistem menetapkan rentak itu. Kadar denyutan ini diukur dalam unit megahertz (MHz). Satu MHz sama dengan satu juta denyutan sesaat.
 
Saiz Kata (Word Size)
 
Kelajuan komputer dipengaruhi oleh saiz kata CPU. Saiz kata ialah bilangan bits yang boleh diproses oleh CPU pada satu masa. Unit ukuran bagi saiz kata ialah bits. CPU  boleh mempunyai 8-bit, 16-bit, 32-bit atau 64-bit saiz kata. CPU dengan 64-bit saiz kata boleh manipulasikan 64 bit pada satu masa. Komputer dengan saiz kata yang besar dapat memproses lebih banyak data dalam masa yang sama dibandingkan dengan komputer yang mempunyai saiz kata yang lebih kecil.
 
Soket Upgrade (Upgrade Socket)
 
Sesetengah  papan induk mempunyai ruang khas yang dipanggil soket upgrade untuk memasang CPU  yang lebih kuasa tinggi.
 
 
2.43 Ingatan (Memory)
 
Ingatan ialah  litar bersepadu yang menyimpan suruhan program, data dan keputusan pemprosesan  buat sementara waktu. Cip ingatan dipasang pada papan induk dan pada papan litar yang mengawal peranti komputer seperti pencetak. Sesetengah ingatan direkabentuk secara terus pada cip CPU.
 
Ingatan komputer menyimpan 3 perkara:
a)    sistem pengendalian (OS) dan perisian sistem lain yang mengarah dan mengkordinasi alatan komputer;
b)    suruhan program aplikasi yang mengarah tugasan untuk dilakukan dan
c)    data yang sedang diproses oleh program aplikasi.
 
Jadi, data dan program sentiasa keluar –masuk pada ingatan.
 
Unit asas bagi ingatan ialah bait (byte) dan satu bait terdiri daripada 8 bit.  Setiap bait dalam ingatan komputer mempunyai satu alamat yang menunjukkan lokasinya dalam ingatan. Nombor yang menunjukkan lokasi satu bait dalam ingatan komputer dipanggil alamat ingatan.
 
Saiz ingatan diukur dalam unit kilobait, megabait atau gigabait. Satu kilobait (KB atau K) sama dengan 1,024 bait. Tetapi biasanya, ia dibundar kepada 1,000 bait untuk kemudahan perbincangan semata-mata. Satu megabait (MB) lebih kurang sama dengan satu juta bait dan satu gigabait (GB) sama dengan satu billion bait. Unit-unit ini diguna untuk ukuran storan dalam ingatan dan keupayaan storan dalam peranti seperti pemacu cakera.
 
 
Ingatan komputer disimpan melalui dua cara, iaitu di dalam komputer sebagai storan primer atau di luar sebagai storan sekunder.
 
Storan Primer
 
Tiga jenis cip ingatan bagi storan primer yang biasa ialah RAM, ROM dan CMOS.
 
RAM (Random Access Memory)
 
Ingatan Capaian Rawak (RAM ) ialah litar bersepadu atau cip yang boleh dibaca dan ditulis oleh mikropemproses atau peranti komputer lain. Ingatan RAM dikatakan mudah meruap (volatile) kerana program dan data yang tersimpan dalamnya akan hilang apabila kuasa komputer ditutup. Selagi kuasa elektrik masih ada, kandungannya tetap wujud sehingga mereka digantikan dengan program dan data lain. Data dan program yang diperlukan untuk kegunaan pada masa depan perlu dipindahkan dari RAM kepada  storan sekunder sebelum kuasa ditutup. Flash RAM  atau ingatan flash dapat mengekalkan data walaupun kuasa elektrik diputuskan.
 
Pada hari ini, kebanyakan ingatan dipasang mengguna SIMM (single in-line memory module) atau DIMM (Dual in-line memory module). SIMM ialah satu papan litar kecil dengan banyak cip RAM disebelahnya.  DIMM adalah sama dengan SIMM tetapi mempunyai cip ingatan di kedua-dua belahnya.
 
Kecekapan pemprosesan komputer boleh  ditingkatkan dengan menggunakan RAM dengan kelajuan tinggi, iaitu ingatan cache, di antara CPU dengan ingatan RAM utama. Cache menyimpan suruhan dan data yang sering digunakan. Apabila pemproses memerlukan suruhan program atau data selanjut yang dikehendaki, ia akan memeriksa ingatan cache dahulu.
 
Kebanyakan mikropemproses baru mempunyai ingatan cache, dipanggil ‘level 1’ (atau L1) atau cache dalaman (internal cache) dipasang siap pada cip mikropemprosesnya. Cache yang tidak dipasang pada CPU dipanggil cache level 2 (L2). Ia biasanya terdapat pada papan induk.  
 
 
 
ROM (Read Only Memory)
 
Ingatan baca sahaja (ROM) ialah cip yang menyimpan maklumat atau suruhan yang tidak berubah. Umpamanya, ROM  diguna untuk menyimpan suruhan dan data pemula yang memulakan komputer apabila komputer dipasang buat kali pertama. Suruhan dan data ini direkod kekal ke dalam  ROM semasa dikilangkan. Kandungan ini tidak kehilangan apabila kuasa elektrik ditutup. Oleh itu ia dikatakan tidak mudah meruap (nonvolatile). Ia hanya boleh dibaca (read only) tetapi tidak boleh diubah.  Banyak komputer tujuan-khas di dalam automobil dan alat elektrik mengguna ROM yang mengandungi suruhan yang akan dilakukan berulang kali.
 
PROM (Programmable Read Only Memory)
 
Cip ingatan yang tidak mengandungi apa-apa program atau data pada mulanya. Setelah suruhan program dan data direkod ke dalamnya, PROM menyimpan maklumat ini secara kekal dan berlakuan seperti ROM.
 
EPROM (Erasable Programmable Read Only Memory)
 
Cip ingatan seperti PROM tetapi kandungannya boleh dihapuskan dan diprogram semula dengan alat khas apabila diperlukan. Kandungan dalamannya dihapuskan dengan mendedahkannya kepada cahaya ultra ungu
 
CMOS (Complementary Metal-Oxide Semiconductor)
 
Ingatan CMOS diguna untuk menyimpan maklumat tentang sistem komputer, seperti jumlah ingatan, jenis papan kekunci dan monitor, dan jenis dan kapasiti pemacu cakera. CMOS juga mengendalikan jam masa nyata (real time clock) komputer yang  menguruskan tarikh dan masa. Maklumat sistem dalam CMOS diperlukan setiap kali komputer dipasang. CMOS mendapat kuasa daripada bateri. Kandungan ingatan CMOS boleh berubah, seperti apabila satu peranti baru ditambah kepada sistem komputer.
 
Kelajuan Ingatan
 
Kelajuan ingatan ditakrifkan sebagai masa yang diperlukan untuk mencari data dan mendapat kembalinya. Kelajuan ingatan diukur dalam nanosaat (nanosecond), iaitu satu per satu billion saat. Kebanyakan ingatan terdiri daripada cip RAM dinamik (DRAM) yang mempunyai kelajuan capaian dari 50 hingga 100 nanosaat. Ingatan cache RAM adalah lebih cepat dan terdiri daripada cip RAM statik (SRAM). Ia mempunyai kelajuan capaian dari 10 hingga 50 nanosaat.
 
Ingatan ROM mempunyai kelajuan capaian dari 50 hingga 250 nanosaat. Daftar (register) dan cache paras 1 yang dipasang pada CPU adalah ingatan yang paling cepat dengan masa capaian dari 1 hingga 10 nanosaat.
 

Kopemproses (Coprocessor)
 
Satu cara komputer dapat meningkatkan kecekapannya ialah melalui kegunaan kopemproses. Kopemproses ialah cip mikropemproses khas yang direka untuk melakukan tugas spesifik. Umpamanya, kopemproses diguna untuk mempercepatkan pemprosesan pengiraan matematik. Kopemproses lain mempercepatkan pemaparan grafik dan untuk tujuan komunikasi. Setengah komputer mempunyai kopemproses direka terus dalam CPUnya.
 
Bas (Buses)
 
Computer menyimpan dan memproses data sebagai satu siri bit elektronik. Data ini dipindah di dalam litar komputer sepanjang laluan yang boleh menghantar impuls elektrik. Laluan ini merupakan wayar sebenar dan garisan terukir pada papan  litar. Laluan melalui mana data ini dipindah dipanggil bas. Bas diguna untuk mengangkut data dari peranti input ke ingatan, dari ingatan ke CPU, dari CPU ke ingatan, dan dari ingatan ke peranti output atau storan. Bas yang berbeza diguna untuk alamat ingatan, isyarat kawalan dan data. Satu jenis bas ialah bas tambah.
 
Bas tambah mengangkut data ke dan dari slot tambah di mana sistem peranti baru ditambah. Kebanyakan bas tambah dihubung secara langsung ke ingatan. Untuk meningkatkan prestasi, sesetengah bas tambah mengetepikan ingatan dan dihubung secara langsung ke CPU. Bas tambah yang berhubung secara langsung dengan CPU dipanggil bas setempat (local bus). Berikut adalah bas tambah yang berbeza untuk komputer peribadi. (Perhatian: peranti berlainan hanya berfungsi pada bas tambah tertentu sahaja).
 
Nama Bas
Jenis
Bits
Penerangan
PCI
Setempat
32 atau 64
Peripheral Component Interconnect – bas setempat piawai oleh Intel; juga diguna pada komputer Macintosh baru
VERSA atau VL
Setempat
32
Bas setempat piawai oleh Video Electronics Standards Association
EISA
piawai
32
Extended Industry Standard Architecture oleh IBM clonemanufacturers – backward compatible dengan bas ISA
MCA
piawai
16 atau 32
Micro Channel Architecture oleh IBM untuk sistem PS/2
ISA
Piawai
16
Industry Standard Architecture, juga dipanggil bas AT
XT
Piawai
8
Dibangun untuk PC IBM yang asal
NuBus
piawai
32
Bas tambah untuk komputer Apple Macintosh lama
 
Bas boleh memindah gandaan 8 bit pada satu masa. 16-bit bas mempunyai 16 talian dan boleh memindahkan 16 bit pada satu masa. Pada 32-bit bas, data dipindahkan 32 bit pada satu masa dan bagi 64-bit bas, 64 bit pada satu masa. Lebih besar bilangan bit bas, lebih cepat data dapat dipindahkan.
 
Slot Tambah (Expansion Slots)
 
Slot tambah ialah soket yang direka untuk memegang papan litar untuk sesuatu peranti seperti kad bunyi. Papan litar untuk peranti tambahan dipanggil kad tambah (expansion card) atau papan tambah (expansion board). Kad tambah juga dikenali sebagai kad kawalan (controller card), kad penyesuai (adaptor card), atau kad antara muka (interface card). Kad tambah biasanya disambung kepada peranti yang dikawal melalui satu kabel. Soket yang memegang kad pula dihubung kepada bus tambah yang memindahkan data kepada ingatan atau CPU.
 
Satu jenis slot tambah khas ialah slot Kad PC. Kad PC ialah satu peranti dengan saiz kad kredit yang diselit ke dalam komputer riba (labtop computer). Ia diguna untuk menambah ingatan, storan dan keupayaan komunikasi. Kad PC bersesuaian dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh PCMCIA (Personal Computer Memory Card International association).
 
Port dan Penyambung (Port and Connectors)
 
Port ialah soket untuk menghubungkan unit sistem kepada peranti perisian seperti modem dan pencetak. Port mempunyai pelbagi penyambung untuk menyambung kabel kepada peranti.
 
Port selari (paralell port) menghubungkan peranti yang menghantar dan menerima kuantiti data yang banyak seperti pencetak. Port selari memindahkan 8 bit pada satu masa melalui satu kabel yang mempunyai 8 talian.
 
Port SCSI (Small Computer System Interface) diguna untuk menghubungkan sebanyak 7 peranti kepada satu port melalui rantai daisi (daisy chain). Contoh peranti SCSI adalah seperti DVD, CD-ROM, ZIP dan pemacu pita.
 
Port berisiri memindahkan data satu bit pada satu masa. Port bersiri diguna untuk menghubungkan tetikus, papan kekunci, dan peranti komunikasi seperti modem. Satu port bersiri khas, MIDI(Musical Instrument Digital Interface) diguna untuk menghubungkan peranti musik seperti papan kekunci musik elektronik.
 
Teknologi baru seperti USB (Universal Serial Bus) meningkatkan kadar pemindahan data dan membenarkan sebanyak 128 peranti disambung terus kepada port bersiri. Peranti seperti monitor atau papan kekunci boleh disambung terus kepada port bersiri. Peranti lain kemudian dihubungkan kepada soket tambah pada monitor atau papan kekunci.